Tuesday 10 November 2015

Percutian Ke Port Dickson Hotel AnCasa Resort and Spa ( Bhg. 2)

Teks : Fadzilah
Foto:  Fadzilah




     Hari kedua di PD dimulakan dengan bersarapan di tepi Pantai Teluk Kemang. Dengan angin yang bertiup nyaman dan air laut yang sedang pasang, kami sekeluarga menikmati nasi goreng dan teh tarik dalam suasana penuh keceriaan. Selepas sarapan sebahagian dari kami pergi ke gym, yang lain menuju ke pantai untuk mandi- manda. Saya dan suami pula dah siap tempah untuk rawatan SPA. Bilik SPA agak kecil dan hanya boleh memuatkan dua orang dalam satu - satu masa. Sebenarnya ada satu lagi spa yang terletak bersebelahan spa ini iaitu SPA  Seri Ratu. Ianya terletak di luar kawasan hotel. Pengunjung boleh memilih samada menggunakan spa hotel atau yang di luar hotel.









     Sebelah petang, kami sekeluarga berkunjung ke Bandar Port Dickson. Kami mengunjungi karnival yang berlangsung di PD Waterfront. Berbagai acara yang berlangsung disana pada waktu itu seperti perlumbaan bot laju, gerai -gerai jualan dan aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan kasut roda, basikal bermotor dan lain- lain. Memang meriah sangat. Kami pulang ke hotel ketika hari hampir senja . Dalam perjalanan pulang ke hotel , hujan yang lebat menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan di sepanjang jalan. Nasib baik tidak ada kemalangan maut.








     Keesokan hari kami "check -out " jam 10.00 pagi. Secara keseluruhannya percutian ini memuaskan hati. Namun saya menyimpan hasrat untuk buat day trip sahaja ke PD sambil ber"barbeque" di Pantai Teluk Kemang pada waktu akan datang.InsyaAllah...



Percutian Ke Port Dickson Hotel AnCasa Resort and Spa ( Bhg. 1)

Teks :  Fadzilah
Foto :  Fadzilah


     Pada hujung minggu yang lalu keluarga saya telah bercuti ke Port Dickson. Ini merupakan percutian yang agak tergesa-gesa memandangkan kesulitan yang saya hadapi untuk mengumpulkan semua ahli keluarga untuk cuti bersama. Dengan kesempatan yang ada ini, saya telah menempah penginapan di AnCasa Resort and Spa dimana kami memperolehi sebuah apartment 3 bilik. Kami sekeluarga tinggal selama 3 hari 2 malam.

                                   



    Perjalanan dari rumah ke PD mengambil masa  1 jam 20 minit. Tak ada jem kerana melalui lebuhraya Lekas. Resort ini terletak di Teluk Kemang. Ramai sungguh pengunjung yang datang ke sini terutama di hujung minggu atau cuti umum dan rata-rata mereka terdiri dari keluarga besar mahu pun  syarikat luar yang menganjurkan hari keluarga atau "team building".





         Waktu "check-in " ialah pada pukul 3 petang dan daftar keluar pada jam 12 tengahari. Ruang apartmen nya luas cuma perabot agak old-fashioned dan lama.Saya pilih hotel ini kerana selain dari harga yang berpatutan ada banyak aktiviti boleh dilakukan seperti ke gym, aktiviti kolam renang, spa dan aktiviti pantai. Pantai Teluk Kemang hanya beberapa langkah dari hotel. Di pantai macam - macam  gerai makan dan jualan ada. Pelbagai aktiviti air boleh disertai . Sediakan duit sahaja.

Memandangkan hari dah petang, saya mengambil keputusan untuk jalan di pantai saja. Kami order air coconut shake. Tapi rasanya tak boleh lawan coconut shake klebang.










 Selepas matahari terbenam barulah kami kembali ke hotel untuk solat, rehat dan makan bekalan yang disediakan dari rumah. Dah jmat dah kat situ kan. Esok banyak lagi aktiviti menunggu.





Thursday 5 November 2015

Bercuti di Bustel Klebang, Melaka

5.11.2015

Teks: Fadzilah
Foto : Fadzilah


   Selama ni saya tertanya-tanya macam-mana rupanya bilik hotel dalam bas. Setelah beberapa hari mencari informasi tentang Bustel di Klebang Melaka, saya pun whatsapp pemiliknya untuk membuat tempahan. Tempahan bilik hanyalah melalui whatsapp sahaja dan di kebanyakan waktu cuti sekolah bilik memang penuh. Kalau nak walk-in tu mintak maaflah. Saya tempah 3 bilik untuk keluarga besar saya. Kami menginap selama sehari semalam.






Kawasan pantai Klebang ni memang "happening". Macam-macam aktiviti yang disediakan dari siang hinggalah ke malam. Pelbagai gerai makanan yang ada termasuklah gerai burger, coconut shake dan macam-macam lagi. Dah kenyang bolehlah melakukan aktiviti dipantai .






Kawasan sekitar bustel bersih dan dijaga rapi. Mereka yang menginap boleh memilih untuk tinggal di bas-bas yang di "parking" di kawasan lapang. Dari luar memang nampak buruk tapi didalam memang cantik kerana bahagian dalam telah diubahsuai menjadi bilik yang selesa macam hotel -hotel biasa yang lain. Cuma ruang untuk solat agak sempit sedikit. Harga bilik hari biasa murah. Waktu itu hanya RM80 hari biasa dan RM 130 pada hujung minggu . Sekarang saya tak pasti. Di luar bas ada kerusi -kerusi untuk bersantai dan menikmati udara segar tepi pantai.



Memang seronok pengalaman menginap di dalam bas lama ini. Ianya suatu pengalaman yang lain dari yang lain.








Wednesday 4 November 2015

Mee Rebus tulang Gear Box JB





5.11.2015

Teks: Fadzilah
Foto: Fadzilah

  Pada bulan Jun 2015 yang lalu, saya sekeluarga bercuti ke Johor Bahru. Kami melawat di sekitar bandar JB dan cuba mencari makanan yang sedap dan popular disini. Pada malam hari pertama memang rezeki kami sekeluarga kerana kawan lama suami datang ke hotel dan membawa kami ke sebuah restoran. Memang dah lama teringin makan mee rebus. Alhamdulillah.... rezeki. Restoran tersebut agak tersorok sedikit tetapi saya ada perasan Masjid Abu Bakar sewaktu dalam perjalanan. Jadi dekat-dekat situlah. Nama restoran ialah Restoran sup Tulang ZZ JB. Memang popular. Ramai betul orang makan disni. Tempatnya biasa-biasa aja. Nak kata eksklusif tu tidaklah. Selepas parking kereta, kami cari meja kosong. Susah jugak sebab penuh orang . Makanan yang di pesan siap agak cepat dan saya pun apa lagi , makanlah.




Mee rebus tulang gear box nya memang unik . Nampak tak straw kat dalam tulang tu....hmm tak boleh nak cerita. Saya tak pernah jumpa tulang semewah ini. Bagi yang suka juadah bertemakan tulang, cubalah tempat ini. 

   RESTORAN SUP TULANG ZZ JB.


Tuesday 3 November 2015

Assalamualaikum dunia.....

Salam sejahtera semua, saya memulakan blog ini semata-mata untuk berkongsi dua perkara "favourite" saya iaitu makan dan jalan-jalan. Saya rasa memang seorang wanita mesti meminati dua perkara ini. Insya Allah saya akan memulakan perkongsian saya pada waktu yang terdekat ini. Saya seorang pegawai perubatan, isteri dan ibu kepada 4 orang anak .

Jom kita cuti -cuti Malaysia.............Bye.