Tuesday 10 November 2015

Percutian Ke Port Dickson Hotel AnCasa Resort and Spa ( Bhg. 2)

Teks : Fadzilah
Foto:  Fadzilah




     Hari kedua di PD dimulakan dengan bersarapan di tepi Pantai Teluk Kemang. Dengan angin yang bertiup nyaman dan air laut yang sedang pasang, kami sekeluarga menikmati nasi goreng dan teh tarik dalam suasana penuh keceriaan. Selepas sarapan sebahagian dari kami pergi ke gym, yang lain menuju ke pantai untuk mandi- manda. Saya dan suami pula dah siap tempah untuk rawatan SPA. Bilik SPA agak kecil dan hanya boleh memuatkan dua orang dalam satu - satu masa. Sebenarnya ada satu lagi spa yang terletak bersebelahan spa ini iaitu SPA  Seri Ratu. Ianya terletak di luar kawasan hotel. Pengunjung boleh memilih samada menggunakan spa hotel atau yang di luar hotel.









     Sebelah petang, kami sekeluarga berkunjung ke Bandar Port Dickson. Kami mengunjungi karnival yang berlangsung di PD Waterfront. Berbagai acara yang berlangsung disana pada waktu itu seperti perlumbaan bot laju, gerai -gerai jualan dan aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan kasut roda, basikal bermotor dan lain- lain. Memang meriah sangat. Kami pulang ke hotel ketika hari hampir senja . Dalam perjalanan pulang ke hotel , hujan yang lebat menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan di sepanjang jalan. Nasib baik tidak ada kemalangan maut.








     Keesokan hari kami "check -out " jam 10.00 pagi. Secara keseluruhannya percutian ini memuaskan hati. Namun saya menyimpan hasrat untuk buat day trip sahaja ke PD sambil ber"barbeque" di Pantai Teluk Kemang pada waktu akan datang.InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment