Thursday 5 November 2015

Bercuti di Bustel Klebang, Melaka

5.11.2015

Teks: Fadzilah
Foto : Fadzilah


   Selama ni saya tertanya-tanya macam-mana rupanya bilik hotel dalam bas. Setelah beberapa hari mencari informasi tentang Bustel di Klebang Melaka, saya pun whatsapp pemiliknya untuk membuat tempahan. Tempahan bilik hanyalah melalui whatsapp sahaja dan di kebanyakan waktu cuti sekolah bilik memang penuh. Kalau nak walk-in tu mintak maaflah. Saya tempah 3 bilik untuk keluarga besar saya. Kami menginap selama sehari semalam.






Kawasan pantai Klebang ni memang "happening". Macam-macam aktiviti yang disediakan dari siang hinggalah ke malam. Pelbagai gerai makanan yang ada termasuklah gerai burger, coconut shake dan macam-macam lagi. Dah kenyang bolehlah melakukan aktiviti dipantai .






Kawasan sekitar bustel bersih dan dijaga rapi. Mereka yang menginap boleh memilih untuk tinggal di bas-bas yang di "parking" di kawasan lapang. Dari luar memang nampak buruk tapi didalam memang cantik kerana bahagian dalam telah diubahsuai menjadi bilik yang selesa macam hotel -hotel biasa yang lain. Cuma ruang untuk solat agak sempit sedikit. Harga bilik hari biasa murah. Waktu itu hanya RM80 hari biasa dan RM 130 pada hujung minggu . Sekarang saya tak pasti. Di luar bas ada kerusi -kerusi untuk bersantai dan menikmati udara segar tepi pantai.



Memang seronok pengalaman menginap di dalam bas lama ini. Ianya suatu pengalaman yang lain dari yang lain.








No comments:

Post a Comment